Isnin, 5 September 2011
Hari Raya 2011
Emmm..... Betul kata orang syoknya raya, walaupun menyambutnya dalam suasana raya yang sederhana. Dalam suasana raya tidak perlulah kita berbelanja sakan kerana kita menyambutnya hanya untuk meraikan fitrah hidup bukannya untuk kita bermegah-megah apa yang kita ada dan peroleh. fikirlah maksud aidilfitri itu dana selaminya kerna fitri itu sendiri membawa maksud kembali kepada fitrah, fitrah yang suci sebagaimana semasa kita dilahirkan, fitrahz yzng mengangkat darjat sebagai insan, fitrah yang telah mengaku janji terhadapz tuhannya, fitrah yang menanggung dosa dan pahala, fitrah yang mengiringi doa kedua-ibu bapa dan susur galur keluarga. Maka fitrah itu yang kita cari yang duduknya di dalam tasbih, tahmid dan lafaz Allah hu Akhbar.
Langgan:
Ulasan (Atom)